Selasa, Julai 21, 2009

Kehidupan...

Kehidupan umpama satu pentas. Setiap yang berlaku telah tertulis skripnya. Tuhan sedang melihat siapa yang berjaya mengikut skrip yang Dia tulis dan siapa yang tidak. Dia akan memberi ganjaran yang setimpal kepada setiap aktres dengan keadilan dan kasih sayangNya. Namun ramai yang tidak menyedari, hidup hari ini adalah untuk kehidupan 'masa depan'..

Isnin, Jun 29, 2009

Cinta Tidak Memerlukan Sebab

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka.
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya.. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!" Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital..
Surat tersebut berbunyi begini : "Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Selasa, Jun 23, 2009

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka
dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu "

Subhanallah. ..

Isnin, Jun 22, 2009

Dulu, kini dan apakah untuk selamanya?

21 Jun 2009

Dulu aku mencintainya. Aku bahagia menyayanginya. Aku gembira mengasihinya. Kerana dulu aku dan dia sama rasa. Saling menyintai, menyayangi dan mengasihi. Indahnya saat dan ketika itu. Betapa aku rasa selamat dan dilindungi. Betapa aku yakin dengan segala tindakan dan keputusanku. Halangan keluarga? Padaku semua itu hanyalah satu dugaan dalam perhubungan kami. Kerana aku terlalu yakin dan percaya dengan cinta, sayang dan kasih yang hadir dalam perhubungan kami. Aku gagahkan jua diriku untuk meyakinkan dan menwujudkan rasa percaya dalam keluargaku tentang perhubungan kami. Aku hampir berjaya meyakinkan keluargaku sehinggalah waktu itu...

Kini aku masih lagi mencintainya, menyayanginya dan mengasihinya. Perasaanku padanya masih sama walau dia tidak lagi sepertiku. Walau hatinya telah berubah, aku masih belum mampu untuk mengubah perasaanku padanya. Aku masih tetap jua menyintai, menyayangi dan mengasihinya. Tapi dulu dan kini terlalu berbeza bagiku. Kalau dulu aku bahagia dan gembira menyayangi dan mengasihinya, tapi kini aku terlalu seksa menanggungnya. Tapi untuk mengubah perasaanku, aku tidak berdaya. Tiada kekuatan dalam diriku untuk melupakannya. Aku sedar aku tidak boleh terus begini, tapi hatiku masih terlalu lemah untuk menguburkan semuanya. Apa ertinya semua ini?

Mungkinkah selamanya akan begini? Aku tidak boleh terus mengharap padanya. Aku tidak boleh terus mendambakan cinta, sayang dan kasihnya yang memang telah jelas nyata bukan untukku. Tapi aku tidak berdaya untuk mengubah hatiku sedangkan aku tahu semuanya telah diberikannya kepada dia, semua yang diberikan kepadaku telah dirampas kembali dan telah pun dipadamkan dari hatinya. Kenapa mesti aku menjadi seperti pungguk merindukan bulan yang menanti agar satu masa nanti bulan akan turun jua ke ribanya?

Cintaku, sayangku dan kasihku padanya akan terus ku pelihara sehingga suatu masa nanti apabila Allah temukan aku kepada seseorang yang boleh mengubah rasa cinta, sayang dan kasihku. Cintaku, sayangku dan kasihku akan terus menjadi miliknya sehingga Allah membuka hatiku kepada yang lain...

Sabtu, Jun 20, 2009

Beginilah Aku

Oh bulan
Enggan layan diriku lagi
Pabila, air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila, kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan
Berpura pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu
Telah menular dalam diri pabila
Kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah, jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku
Oh...

Benci atau Cinta?

Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu...
Hati mu...
Hati yang penuh rasa ragu

Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu

Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu

Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu

Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku

Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali

Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu

Sebenarnya aku amat menyintaimu dan tidak pernah sesekali membencimu...

Dengan Menyebut NamaNya

Dengan Menyebut Nama Allah
Jalani Hidupmu
Yakinkan Niatmu
Jangan Pernah Ragu
Dengan Menyebut Nama Allah
Bulatkan Tekadmu
Menempuh Nasibmu
Kemanapun Menuju
Serahkanlah Hidup Dan Matimu
Serahkanlah Pada Allah Semata
Serahkanlah Duka Gembiramu
Agar Damai
Senantiasa Hidupmu

Cintaku

Sebenarnya apa erti cinta
Aku sendiri keliru
Cinta seorang teman
Atau cinta seorang kekasih
Atau cinta seorang hamba-NYA
Terlalu abstrak untuk aku ungkapkan
Kerdilnya aku untuk menyatakan cinta
Kerana ku tahu aku masih mentah
Untuk erti cinta sebenarnya..

Jika ini ketentuan dari NYA ku pasrah..
Andai kata tak bersua lagiku reda..
Bahawa ku harus sedar seawalnya
Bukan senang untuk menawan hatimu
Kerana itu aku perlu bersedia
Untuk menerima hakikat ini
Bahawa cinta kita sampai di sini sahaja..

Aku mencintai masa lalu ku
Aku mencintai cinta ku
Segenggam cinta yang tak tersampaikan
Sebongkang rindu yang tak pernah terselesaikan

Aku mencintai imaginasi
Tempat ke mana aku lari
Saat harapan tak pernah mati
Saat kebahagiaan mungkin abadi
Saat cinta bisa sejati

Cinta dihati ini hanya untukmu
Walaupun dirimu tidak bisa mendengar
Namun ku pendam cinta ini buatmu
Aku sukar untuk mengungkapkan
Kata-kata cinta pada dirimu..
Kerana ku tahu diriku tak sekuat
Seperti yang disangka..

Bahasa puitis sulaman bermadah
Cerita indah antara kau dan aku
Adakala ceria adakala suram
Menyemai cinta yang mungkin sejati..

Di sudut hati ini masih menanti
Sinar kasih cinta sejati
Kisah cinta kita berdua..

Andai bisa aku lukiskan
Segala cerita antara kau dan aku
Akan ku patrikan dalam hati ini
Kisah cinta dan suka duka kita selama ini

Terlalu indah dan sukar untuk aku jelaskan
Terlalu sulit untuk aku ceritakan pada semua
Hanya kebahagiaan di antara kita berdua
Walau pahit dan manis kita tempuhi bersama

Ketika ku menyelusuri maya
Yang masih ku cari keindahan dan harumnya
Ketika ku melewati waktu
Yang masih ku hitung datang dan perginya
Ku pasti dalam diri masih ada lagi
Keutuhan diri kesungguhan hati
Keluhuran budi kasih yang mewangi
Untuk ku meniti hari-hari.....
Dan akan ku taburi haruman kasturi
Semoga ada yang sudi mengutipnya lagi
Untuk disimpan di dalam hati
Semoga harum kasih yang mewangi
Tanpa dusta mengkhianati janji.....


Bisikku pada bulan kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku.. tanpa dia, malam menemaniku.. sepi memelukku. Bulan jangan biar siang.. biar malam ini kelam. Biar ia sepi sepertiku

Tuhan Berikan Aku Cinta


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Jumaat, Jun 19, 2009

Mutiara Kata

Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.......

Janganlah menjadi begitu masin sehingga orang meludahmu
Dan janganlah pula berlaku terlampau manis sehingga mereka menelan dirimu begitu saja.....

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:
"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

Khamis, Jun 18, 2009

Ayat Kursi

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya.
Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam.......

Rabu, Jun 17, 2009

Bersyukurlah Bila Ditimpa Kesusahan

Kita selalu lupa, Allah tidak pernah menurunkan kesusahan tanpa kemudahan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan. Selepas cucuran air mata akan muncul sebuah senyuman, dan selepas malam akan menjelma siang. Awan duka akan berselerak dan berpencar, malam-malam pekat menjadi terang, kemalangan akan selesai dan derita akan berakhir, kerana Allah menjanjikan demikian.

Sebenarnya apa sahaja bentuk dan jenis musibah yang menimpa kita, maka ia berlaku dengan kehendak Allah, dan ia akan menjadi kaffarah bagi dosa kita pada hari kiamat. Optimislah, meskipun kita berada di tengah-tengah badai dan angin taufan. Sesungguhnya selepas lesusahan itu akan ada kemudahan.

Hakikat Kehidupan

15 Jun 2009, 3.45 pagi....

Hari ini aku rasakan sungguh berlainan dari selalu. Entah kenapa hatiku berasa penuh dengan ketenangan dan fikiranku terlalu lapang. Alhamdulillah, mungkin berkat doaku kepada Allah. Mungkin Allah telah memakbulkan doaku setelah sekian lama aku meminta dariNya agar dikurniakan ketenangan hati dan kelapangan fikiran agar aku akan lebih tabah, kuat dan sabar menempuhi hari-hari mendatang.

Empat bulan lepas aku sering bertanya pada diriku sendiri. Mengapa Allah temukan aku padamu, kemudian membiarkan aku mengasihi, menyintai dan menyayangi dirimu, dan akhirnya memisahkan aku darimu? Setiap hari yang ku lalui penuh dengan kegelapan, kesedihan dan kesunyian. Hatiku sepi, fikiranku mati. Empat bulan aku menempuhi hari-hari mendatang tanpamu menyebabkan aku merasakan seolah-olah hidupku sudah tiada makna lagi. Aku akui memang sukar untukku melalui tempoh empat bulan tersebut. Terlalu payah untukku menerima apa yang telah berlaku padaku. Tapi syukur Alhamdulillah, Allah masih menyayangiku. Kalau dulu aku sering tertanya-tanya mengapa kita bertemu, bercinta dan kemudian berpisah, tapi kini aku mula mensyukuri semua ini.

Aku tidak menyalahkanmu di atas apa yang berlaku. Aku cermin diriku sendiri, memang aku tidak layak untukmu. Kau terlalu baik untukku. Aku hanyalah seorang wanita yang tidak pernah puas dengan apa yang aku ada. Aku mendapat kasih sayang yang cukup darimu. Tiada sedikit pun kekurangan, tapi kerana aku wanita yang tidak pernah puas, aku menjadi tamak. Aku takut akan kehilangan kasih sayangmu itu. Aku takut kasih sayangmu itu akan berkurangan setelah kau mengakui kau ada yang lain di hatimu. Aku tidak menyalahkanmu bila mengetahui kau ada yang lain, kerana aku sedar aku terlalu banyak kekurangan jika dibandingkan dengannya. Ada sesuatu yang dia miliki tiada padaku. Sesuatu yang memang tidak dapat aku ambil kembali.

Benar, dulu aku menyalahkanmu meninggalkan aku. Aku cuba membenci dirimu agar aku dapat melupakan semua kenangan dan terus melupakanmu serta menghapuskan dirimu dari hidupku, kenanganku dan masa laluku. Aku yakinkan diriku yang aku tidak pernah mengenali seseorang yang bernama N. Aku katakan pada diriku, segala keterlanjuran kita semasa bersama dahulu bukanlah datang dari kasih sayangmu, tapi datangnya dari hatimu yang sekadar mengambil kesempatan di atas sejarah silamku yang hitam. Aku yakinkan diriku, kau bersamaku untuk kemewahan semata-mata agar kau dapat memberikan kesenangan kepada dirimu. Aku cuba yakinkan diriku bahawa kau bersamaku hanya kerana nafsu dan wang ringgit. Habis madu sepah dibuang. Tapi semakin aku cuba membencimu, semakin aku sayang padamu. Tapi itu untuk empat bulan yang lepas. Semuanya sudah berlalu. Aku akur dengan kehendak Allah. Aku redha dengan ketentuanNya.

Hari ini, puas aku kenang kembali saat bersama kita dulu. Aku sedikit pun tidak merasa marah atau sakit hati padamu. Perasaan benci pun tidak wujud dalam diriku. Hari ini aku yakin bahawa Allah telah memperkenankan doaku agar dikurniakan kekuatan, ketabahan, kesabaran, ketenangan, kelapangan, kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan hati dan fikiranku. Aku benar-benar bersyukur kepadaNya di atas kurniaanNya ini. Alhamdulillah.... semua ini ku perolehi setelah aku berusaha mendekatkan diriku padaNya. Aku kenang kembali waktu dulu, aku merasakan terlalu banyak silap dan salahku padamu yang aku mengerti jika kau tidak memaafkanku kerana itu. Aku sememangnya tidak layak untukmu. Aku mawar yang pudar warna, manakala dia mawar merah yang kembang mekar di taman. Aku bersyukur kerana kau bersama wanita sepertinya yang lebih baik dariku. Kemanisan, kecantikan dan keayuannya terlalu jauh berbeza jika dibandingkan denganku. Aku yakin kau telah membuat pilihan yang tepat dalam hidupmu. Perhubungan kita hanyalah satu episod dalam kehidupan kita. Apakah ini bermakna aku sudah mula dapat menerima ketentuan Allah padaku? Allah sengaja menemukan aku dengan lelaki yang bukan jodohku supaya bila aku dipertemukanNya dengan jodohku kelak, aku akan lebih tabah dan kuat dalam mengharungi liku-liku perhubungan kami, dan andainya kami dipisahkan oleh ajal, aku sudah bersedia dan sabar kerana aku sudah belajar erti perpisahan. Itu yang kupelajari dari kisah cintaku.

Aku amat berterima kasih padamu kerana memberikan aku pelajaran yang terbaik. Kau telah menjadi guru dalam hidupku. Pelajaran yang ku pelajari dari perhubungan kita menyedarkan aku betapa aku telah jauh hanyut dalam keseronokan dunia. Betapa aku alpa, dan lupa padaNya. Kini aku sedar betapa aku hampir karam dan tenggelam. Aku cuba untuk berenang ke tepi. Aku mula menyedari setiap yang berlaku memang telah ditentukanNya. Kalau dulu aku menyalahkan takdir, kerana takdir menemukan aku padamu, kemudian aku jatuh cinta padamu, menyayangi dan mengsihimu lebih dari segalanya, dan akhirnya takdir itu juga yang memisahkan aku darimu. Kini aku terima apa yang berlaku semuanya adalah hukum karma. Aku percaya Allah sengaja menemukan kita, dan kemudian memisahkan kita kerana Dia sayangkanku. Dia cuba menguji kesabaranku. Allah tidak akan memberikan ujian dan dugaan kepada hambaNya melebihi batas kemampuan hambaNya. Dan sekiranya Allah menurunkan ujian dan dugaan pada hambaNya, itu bermakna Allah mengingati hambaNya. Aku bersyukur kerana Allah telah membalas segala kesilapan dan kesalahanku terhadap keluargamu, anak isterimu dan dirimu di dunia ini. Bagaimana kalau Dia membalasnya di sana nanti? Mampukah aku menananggung seksa di akhirat nanti? Sedangkan terlalu banyak dosa yang telah ku lakukan.

Aku ingat kembali waktu kita bersama dahulu. Betapa asyiknya kita melakukan dosa sehingga lupa padaNya, lupa pada balasanNya. Syukur kerana masih diberikan peluang untuk bertaubat. Dua bulan lepas aku mengenali seorang rakan yang ku gelar ustazah walau dia bukanlah seorang ustazah. Aku ingat lagi saat perkenalan kami. Mungkin pertemuan kami ditentukan Allah supaya aku boleh belajar daripada rakan baruku ini. Aku bersyukur kerana aku dihantar berkursus pada waktu itu. Jika tidak kerana berkursus di Petaling Jaya, aku tidak akan berpeluang untuk mengenalinya. Daripadanya aku banyak belajar erti kesabaran dan ketabahan. Aku banyak belajar tentang taubat. Dialah yang banyak membantuku mendekatkan diriku kepada Allah. Dia juga banyak membantuku untuk mengenal diriku sebenar, dan mencari siapa diriku. Daripadanya aku belajar solat sunat taubat, yang tidak pernah ku kerjakan selama 29 tahun hidupku. Selama ini aku hanya mengetahui tatacara mengerjakannya, tetapi tidak pernah sekali pun aku mengerjakannya. Ya Allah, alangkah bahagianya jika aku dapat mengajaknya bersamaku mengerjakan solat sunat taubat ini. Aku sedih dan kesal kerana kita boleh melakukan dosa bersama, tapi apabila aku mula cuba mendekatkan diriku padaNya, menyesali perbuatan dan dosaku, aku hanya lakukannya seorang diri, bukan bersamamu. Aku gagal membawamu untuk bersama denganku kembali ke jalan yang lurus. Terlalu besar dosaku kerana hanya mampu membawamu ke jalan kegelapan, tapi gagal membawamu ke jalan yang benar. Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku dan dosa-dosamu. Hanya itu yang mampu ku lakukan untukmu.

Aku kini sedar aku sudah tidak wujud lagi dalam diari hidupmu. Aku sudah tidak kau perlukan lagi. Aku faham jika kau tidak lagi mengakui sebagai kawan. Aku mengerti jika kau mengakui kepada dunia sekali pun yang dalam hidupmu kau tidak pernah mengenali insan bernama A. Aku tidak akan pernah menyalahkanmu jika itu yang berlaku. Aku mohon maaf di atas segala kesilapan dan kesalahanku. Aku mohon maaf kerana pernah merampas kebahagiaan dari hidupmu dan keluargamu. Izinkan aku untuk menyimpan saat manis kita bersama agar menjadi kenangan terindah dalam diari hidupku. Aku mendokan agar kau beroleh kebahagiaan. Aku tidak pernah membencimu dan aku tidak menyalahkanmu di atas apa yang berlaku. Aku redha dengan ketentuan Allah padaku. Menyayangi tidak bermakna memiliki. Kerana itu aku belajar untuk memaafkan dan melupakan. Semoga kebahagiaan menjadi milikmu kerana kebahagiaanmu amat bermakna buatku. Semoga Allah mengurniakan kita ketenangan, kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup... Amin.

Inilah Dunia


Dunia... Ramai yang tidak mengenali dunia sebenar. Tapi ramai juga yang mengatakan mereka sudah mengenali dunia mereka. Ramai mengakui bahawa mereka mempunyai dunia dan kehidupan...

Dunia ini pentas lakonan. Kita manusia adalah pelakonnya. Dan kehidupan kita adalah dramanya. Benarkah kita sudah mengenali dunia dan kehidupan kita? Semua itu masih menjadi persoalan kerana setiap kita pelakon membawa watak masing-masing di atas pentas lakonan ini. Dan kita sebagai pelakon utama dalam drama kita tidak akan pasti samada pelakon-pelakon tambahan di atas pentas lakonan kita melakonkan watak sebenar atau sebaliknya. Hanya pengarah dan penulis sahaja yang mengetahui. Ke manakah penghujungnya jalan cerita kita?