Selasa, Julai 21, 2009

Kehidupan...

Kehidupan umpama satu pentas. Setiap yang berlaku telah tertulis skripnya. Tuhan sedang melihat siapa yang berjaya mengikut skrip yang Dia tulis dan siapa yang tidak. Dia akan memberi ganjaran yang setimpal kepada setiap aktres dengan keadilan dan kasih sayangNya. Namun ramai yang tidak menyedari, hidup hari ini adalah untuk kehidupan 'masa depan'..

Isnin, Jun 29, 2009

Cinta Tidak Memerlukan Sebab

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka.
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya.. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!" Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital..
Surat tersebut berbunyi begini : "Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Selasa, Jun 23, 2009

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka
dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu "

Subhanallah. ..

Isnin, Jun 22, 2009

Dulu, kini dan apakah untuk selamanya?

21 Jun 2009

Dulu aku mencintainya. Aku bahagia menyayanginya. Aku gembira mengasihinya. Kerana dulu aku dan dia sama rasa. Saling menyintai, menyayangi dan mengasihi. Indahnya saat dan ketika itu. Betapa aku rasa selamat dan dilindungi. Betapa aku yakin dengan segala tindakan dan keputusanku. Halangan keluarga? Padaku semua itu hanyalah satu dugaan dalam perhubungan kami. Kerana aku terlalu yakin dan percaya dengan cinta, sayang dan kasih yang hadir dalam perhubungan kami. Aku gagahkan jua diriku untuk meyakinkan dan menwujudkan rasa percaya dalam keluargaku tentang perhubungan kami. Aku hampir berjaya meyakinkan keluargaku sehinggalah waktu itu...

Kini aku masih lagi mencintainya, menyayanginya dan mengasihinya. Perasaanku padanya masih sama walau dia tidak lagi sepertiku. Walau hatinya telah berubah, aku masih belum mampu untuk mengubah perasaanku padanya. Aku masih tetap jua menyintai, menyayangi dan mengasihinya. Tapi dulu dan kini terlalu berbeza bagiku. Kalau dulu aku bahagia dan gembira menyayangi dan mengasihinya, tapi kini aku terlalu seksa menanggungnya. Tapi untuk mengubah perasaanku, aku tidak berdaya. Tiada kekuatan dalam diriku untuk melupakannya. Aku sedar aku tidak boleh terus begini, tapi hatiku masih terlalu lemah untuk menguburkan semuanya. Apa ertinya semua ini?

Mungkinkah selamanya akan begini? Aku tidak boleh terus mengharap padanya. Aku tidak boleh terus mendambakan cinta, sayang dan kasihnya yang memang telah jelas nyata bukan untukku. Tapi aku tidak berdaya untuk mengubah hatiku sedangkan aku tahu semuanya telah diberikannya kepada dia, semua yang diberikan kepadaku telah dirampas kembali dan telah pun dipadamkan dari hatinya. Kenapa mesti aku menjadi seperti pungguk merindukan bulan yang menanti agar satu masa nanti bulan akan turun jua ke ribanya?

Cintaku, sayangku dan kasihku padanya akan terus ku pelihara sehingga suatu masa nanti apabila Allah temukan aku kepada seseorang yang boleh mengubah rasa cinta, sayang dan kasihku. Cintaku, sayangku dan kasihku akan terus menjadi miliknya sehingga Allah membuka hatiku kepada yang lain...

Sabtu, Jun 20, 2009

Beginilah Aku

Oh bulan
Enggan layan diriku lagi
Pabila, air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila, kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan
Berpura pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu
Telah menular dalam diri pabila
Kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah, jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku
Oh...

Benci atau Cinta?

Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu...
Hati mu...
Hati yang penuh rasa ragu

Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu

Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu

Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu

Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku

Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali

Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu

Sebenarnya aku amat menyintaimu dan tidak pernah sesekali membencimu...